Yasin Sulaiman dibebaskan namun perlu terus ke Hospital Bahagia
MAHKAMAH Sesyen hari ini melepas dan membebaskan penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman daripada tiga pertuduhan berkaitan dengan dadah. Bagaimanapun mahkamah memerintahkan Yasin perlu terus ke Hospital Bahagia di Ulu Kinta, Perak, selama mana tempoh diperkenankan Sultan Selangor.
Yasin yang ditemui pengamal media mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada orang sekeliling kerana menyokong dirinya.
‘’Saya nak berterima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan rohani dan doa anda semua, kepada mereka yang memberi sokongan kewangan, mengisi tabung untuk saya. Saya tidak tahu bagaimana untuk membalas budi anda semua.
‘’Saya nak minta maaf banyak-banyak atas sakit bipolar saya ini, terkasar bahasa tidak kira anda rakan terdekat saya dan orang yang pernah sayangi saya, terima kasih banyak-banyak.’’ katanya.
Pada 6 Julai tahun lalu Muhammad Yasin terlepas dari hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di sebuah kondomonium di Persiaran Suria Damansara Indah Resort Home, PJU , Kota Damansara pada pukul 5.30 petang pada 24 Mac 2022, dituduh mengikut Sesyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Satu lagi pertuduhan, Muhammad Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis yang diperoleh secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama. – SM
Artikle Berkaitan :>
Jika Yasin Sulaiman Kaya & Anak VIP Pasti Takkan Dikenakan Hukum Gantung!
Yasin dirawat akibat gangguan bipolar