Politik

Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran bicara sepanjang kempen PRN

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memohon maaf kepada semua pihak jika terdapat kekasaran dan keterlanjuran kata-kata daripada beliau sepanjang kempen pilihan raya berlangsung.

Menurut Sanusi, sesetengahnya ia tidak disengajakan sebagai manusia yang lemah dan ada juga yang dilepaskan kerana tidak tahan diprovokasi.

“Ada sengaja kita lepaskan supaya anda juga merasakan bagaimana sakitnya hati kami,” katanya ketika berucap di Kedah malam ini.

Sehubungan itu juga Sanusi juga memaafkan segala fitnah yang dilemparkan terhadap beliau.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button