PolitikUncategorized

Program “Darul Ehsan Berselawat” tidak libatkan politik

Isteri kepada Menteri besar Selangor, Datin Masdiana tidak mahu libatkan politik dalam program ‘Darul Ensan Berselawat’, walaupun tarikh 29 Julai itu adalah jatuh pada hari penamaan calon untuk Pilihan Raya Negeri Ogos ini.

Bakal diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam

Menurutnya lagi, rancangan ini sudah dibuat lebih awal sebelum tarikh PRN keluar dan melihat pada faktor jadual tetamu khas jemputan untuk program tersebut.

“Datuk Seri, (Amirudin Shari) memang akan ada duduk di pentas dari mula sehingga habis dan akan ada kejutan menanti darinya, tapi Datuk Seri tidak berpolitik kerana kami tidak mahu libatkan politik.

“Cuma kebetulan sahaja hari penamaan calon pada 29 Julai itu, sebenarnya tarikh ini kami sudah merancang lama jadi kami mahu bezakan program berselawat dan politik adalah program yang berbeza. Kalau nak berpolitik pergi ke pentas politik.” Jelasnya semasa sesi sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Shah Alam.

Turut diadakan persembahan silat semasa program berlangsung

Program kerjasama antara antara Pertubuhan Damai dan Cinta Insani (PEDAMAI) akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam dari pukul 3 petang sehingga malam dan menyasarkan 8,000 kehadiran dari seluruh negara dengan kemasukan adalah percuma.

Menampilkan Sheikh Abu Zaki, Sheikh Ashraf Hamed Hassanin, Sheikh Abdullah Jahaf, Ustaz Dr. Ahmad Fakhurrrazi, Ustaz Neezam AlBanjari, Babul Mustofa dan ramai lagi.

Turut dimeriahkan oleh artis terkenal

Antara program-program menarik yang bakal diadakan selain berselawat dan Zikir Bermunajat adalah Gema Haflah Al-Quran, Qasidah & Mahalul Qiyam, Tausiyah dan banyak lagi.

Selain itu, pelbagai acara menarik bakal berlangsung pada sebelah petang antaranya Himpunan Pendekar Nusantara, program khas muslimat serta pertandingan hafazan dan seni khat.

Ia dijalankan dengan kerjasama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Pertubuhan Seni Seni Silat Lincah Malaysia, Seni Silat Sukmo Rogo, Seni Silat Gayung Fatani Malaysia, Raudhah Muhibbin, Musollah Aisya dan lain lain.

Penganjuran program untuk edisi kali ke dua ini akan dihadiri ulama dan pendakwah terkenal luar dan dalam negara yang akan bersama untuk menyampaikan tausiyah dalam majlis tersebut.
Tujuan program ini adalah untuk menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW, memohon keberkatan dari Allah SWT dan terhindar dari perkara yang memudaratkan rakyat Selangor.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button