Diana Danielle failkan perceraian, Farid enggan lafaz talak
Tanpa ribut dan taufan tiba-tiba sahaja pasangan merpati dua sejoli Diana Danielle dan Farid Kamil ini dikejutkan dengan keretakan rumah tangga mereka apabila Diana bertindak memfailkan cerai terhadap suaminya awal bulan lalu.
Diana, 32 tahun, dikatakan membuat permohonan tersebut atas alasan tiada lagi persefahaman dan sering berlaku perbalahan dalam rumah tangga mereka.
Sebutan permohonan cerai tersebut telah dibuat di Mahkamah Rendah Syariah daerah Petaling di Subang Bestari pada pagi Isnin.
Namun ketika permohonan dibacakan Farid Kamil, 42 tahun enggan melafazkan cerai terhadap isterinya itu.
Sehubungan itu Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan tersebut menjalani proses Jawatankuasa Pendamai dan kes akan disebut semula pada 28 Mac ini.
Pasangan ini bernikah pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Muhammad, 10 tahun dan Aurora 8 tahun.
Artikle berkaitan
Farid Kamil didenda RM5,000 salah guna dadah
Isu air: Masa kecil tak nak belajar, bila besar menyusahkan sejuta orang – Diana Danielle