Wajar Shahidan “berhijrah” dari UMNO ke PN – Muhyiddin
PENGERUSI Pakatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan sebagai wajar apabila bekas Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim “berhijrah” dari UMNO ke PN.
Jelas Muhyiddin, penghijrahan ini lebih baik dari UMNO yang sekarang berada dalam keadaan tidak baik kepada PN yang lebih baik.
Katanya, UMNO kini dihadapkan dengan kes rasuah bertimbun-timbun dan kluster mahkamah yang mana ia membawa cermin sebuah parti politik yang tidak baik,” katanya.
“Parti seperti ini seharus ditolak pada PRU kali ini,” katanya ketika berucap di majlis Sembang Santai Bersama Masyarakat Setempat sempena program Jelajah PN Best di Perlis yang di pekarangan pejabat Bersatu di Taman Jelempok Jaya, Arau petang ini.
Hadir sama Pengerusi PN negeri, Mohd Shukri Ramli dan Datuk Seri Shahidan Kassim.
Beliau berkata, UMNO sudah tidak sesuai kerana parti ini bakal menjunam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.
Katanya, parti ini juga menghadapi pelbagai masalah dalaman yang membawa kepada ambang perpecahan.
“Kita sendiri melihat bagaimana pemimpin lama dipecat dan tidak diletakkan sebagai calon PRU,” katanya. – SM