NasionalNegeri

97 pelajar ikuti Bengkel Kearah Pembinaan Jati Diri Yang Cemerlang

SEBANYAK 97 pelajar mewakili sekolah menengah di Perlis mengikuti Bengkel Kearah Pembinaan Jati Diri Yang Cemerlang (Towards Excellence Self Esteem Development) Untuk Pelajar Terbaik, Cemerlang dan Pengawas Terpilih Sekolah Menengah Di Negeri Perlis 2023 di Hotel Bahang Bay, Teluk Bahang, Pulau Pinang dari 15 hingga 17 Ogos.

Majlis Penutup disempurnakan oleh Pemangku Raja Perlis, Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, petang semalam.

Tuanku Syed Faizuddin Putra ketika berkenan merasmikan penutup Bengkel Kearah Pembinaan Jati Diri Yang Cemerlang (Towards Excellence Self Esteem Development) Untuk Pelajar Terbaik, Cemerlang dan Pengawas Terpilih Sekolah Menengah Di Negeri Perlis 2023 di Hotel Bahang Bay, Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Setiausaha Kehormat Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP), Datuk Johari Mohd Darus, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Naharudeen Othman dan Ketua Eksekutif Northern Corridor Implementation Authority (NCIA), Mohamad Haris Kader Sultan.

Bengkel ini dianjurkan oleh YTSP dengan kerjasama MAIPs, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis serta Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Program ini dilaksanakan sebagai pengiktirafan dan penghargaan pihak YTSP Perlis dan MAIPs terhadap para pelajar terbaik dan cemerlang serta para pengawas terpilih Tingkatan 4 yang berpotensi dipilih sebagai Ketua Murid bagi tahun berikutnya di sekolah masing-masing.

Related Articles
Tuanku Syed Faizuddin Putra ketika berkenan merasmikan penutup Bengkel Kearah Pembinaan Jati Diri Yang Cemerlang (Towards Excellence Self Esteem Development) Untuk Pelajar Terbaik, Cemerlang dan Pengawas Terpilih Sekolah Menengah Di Negeri Perlis 2023 di Hotel Bahang Bay, Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Pengerusi YTSP bertitah, bengkel yang dicetuskan sejak 15 tahun lalu itu atas dasar melahirkan barisan pemimpin yang akan dapat dilatih dan digarap potensi kepemimpinan mereka serta meningkatkan jati diri di kalangan pelajar agar menjadi contoh murid terbilang di kalangan rakan sebaya.

Baginda bertitah, usaha ini juga bagi melahirkan generasi kepimpinan di kalangan anak Perlis yang kompetitif dan unggul.

“Ia adalah selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi individu dengan melahirkan insan-insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,” titah Baginda.

Baginda bertitah, bengkel sebegini juga, dilihat dapat membantu melonjakkan kecemerlangan dan kemenjadian murid di Perlis jika para peserta pulang ke sekolah masing-masing dengan membawa input-input positif dan berkeyakinan tinggi yang diberikan sepanjang berlangsung bengkel.

Sebahagian pelajar yang mengikuti Bengkel Kearah Pembinaan Jati Diri Yang Cemerlang (Towards Excellence Self Esteem Development) Untuk Pelajar Terbaik, Cemerlang dan Pengawas Terpilih Sekolah Menengah Di Negeri Perlis 2023 di Hotel Bahang Bay, Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Baginda bertitah, dalam konteks untuk memajukan Perlis maka pelbagai aspek pembangunan rohani dan jasmani perlu dicapai secara seimbang dan menyeluruh meliputi aspek ekonomi, pentadbiran dan sosial dengan dipimpin oleh seseorang yang mempunyai falsafah hidup yang tinggi.

“Kita amat berharap supaya akan lahir lebih ramai generasi muda yang berketerampilan yang berupaya menjadi pemimpin yang dikagumi,” titah Pemangku Raja.

Pemangku Raja juga berkenan mengurniakansijil penyertaan kepada 59 orang pengawas yang terpilih dan 38 orang pelajar cemerlang. – SM

BACA Terus hancur, jati diri generasi muda tak penting untuk negara?

BACA Kembalikan jati diri, Itali haramkan penggunaan bahasa Inggeris

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button