Politik

92 peratus tidak setuju Muhyiddin letak jawatan PM

SATU kajian yang dilaksanakan oleh Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati majoriti berpandangan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak wajar meletak jawatan Perdana Menteri.

Kajian berkenaan mendapati 92 peratus daripada 2,627 responden yang ditemui tidak bersetuju Muhyiddin meletak jawatan Perdana Menteri sebagai pilihan bagi menyelesaikan ketidakstabilan politik dalam negara.

Sebaliknya, berpandangan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu terus memerintah dengan sokongan Pakatan Harapan (PH) berasaskan satu persefahaman yang dipersetujui bersama.

Sebanyak 49.3 peratus daripada mereka percaya Pilihan Raya Umum ke-15 patut diadakan, namun setelah pandemik Covid-19 terkawal.

Hanya 16 peratus responden percaya pilihan raya umum perlu diadakan segera dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat sebagai jalan menyelesaikan politik negara.

Berhubung isu lompat parti oleh ahli-ahli Parlimen, kajian itu mendapati majoriti responden setuju ahli Parlimen terbabit sepatutnya meletak jawatan dan pemilihan semula diadakan.

Sebanyak 34.5 peratus berpendapat wakil rakyat berkenaan tidak sepatutnya bertukar parti, 14 peratus bersetuju ahli Parlimen ‘lompat parti’ meneruskan tugas, dan lapan peratus berpendapat perbuatan tersebut hak ahli Parlimen berkenaan.

Bertajuk Kajian Persepsi Awam terhadap Pengurusan Pilihan Raya, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Demokrasi di Malaysia, kajian tersebut dilakukan seluruh negara menggunakan tinjauan bersemuka.

Hasil kajian pada bulan Mac dan April 2021 itu telah dibentangkan pada Siri Seminar Webinar IKMAS oleh Profesor Madya, Helen Ting dan Profesor Madya Andrew Kam baru-baru ini.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button