Politik

Terdesak Covid-19, buat perintah lockdown – Tok Mat Hasan

MEMBACA pandangan yang diberikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang hari ini di mana Tok Mat menggesa agar perintah sekatan menyeluruh dilaksanakan serta-merta bagi menangani keadaan wabak Covid-19 yang semakin buruk.

Kata Tok Mat, sekarang adalah waktu yang mendesak dan kita perlukan langkah terdesak.

Untuk rekod, sepanjang minggu lepas, lebih 50 kes kematian dicatat setiap hari akibat Covid-19.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 7,857 jangkitan baharu iaitu satu rekod baharu dalam tempoh seminggu yang turut mencatatkan beberapa rekod lain.

Tok Mat turut melahirkan rasa bimbang sekiranya sistem kesihatan negara lumpuh.

Related Articles

Beliau berkata, proses vaksinasi perlu lebih cepat dan pantas sambil menyarankan, cara terbaik untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19 ialah melalui penguatkuasaan perintah sekatan menyeluruh.

Kata Tok Mat, PKP yang pertama pada 18 Mac 2020 lalu membuktikan hakikat itu.

Memberi contoh Victoria di Australia, kata Tok Mat, pelaksanaan perintah sekatan menyeluruh selama tujuh hari selepas 26 kes jangkitan direkodkan.

“Kes kita lebih banyak lagi dan kita sedang bergelut dengannya. Kita perlukan perintah sekatan yang menyeluruh dan teliti sekurang-kurangnya selama tiga minggu seperti PKP pertama.

“Jika kita perlu meminjam duit bagi membantu perniagaan dan rakyat, maka kita perlu buat,” ujar Tok Mat.

Bantuan itu, jelas Tok Mat, termasuklah moratorium pinjaman, subsidi upah dan bantuan tunai terutama kepada golongan miskin.

Beliau juga menggesa supaya proses semakan dan kelulusan vaksin dipercepatkan, terutama yang telah diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Kerajaan harus membenarkan sektor swasta mendapatkan bekalan vaksin supaya golongan yang mampu dan bersedia membayar kosnya boleh pergi ke sana. Ini akan mempercepatkan proses vaksinasi,” jelas beliau lagi.

Kata Tok Mat, apabila angka jangkitan menurun, kerajaan boleh menimbangkan untuk membuka semula ekonomi secara berperingkat dengan pemantauan ketat. – FMT – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button