Belang Bertempat

5 fakta anda mungkin tak tahu tentang Ismail Sabri

SATU perkongsian peribadi daripada Datuk Saiful Bahar untuk bacaan santai politik berkaitan dengan Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob.

  1. DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob datang dari keluarga kampung yang susah. Bapanya merupakan seorang penoreh getah.

Kerana itu, perasaan rendah diri tersemat di hati Ismail Sabri.

Suaranya sentiasa lembut dan sering tersenyum.

  1. Tesis Sarjana Muda Undang-Undang Datuk Seri Ismail Sabri bertajuk, “Layanan terhadap tahanan politik di Malaysia.”

Menjadikan hak asasi manusia merupakan satu perkara yang amat penting dan dekat di hati Perdana Menteri Ismail Sabri.

  1. Datuk Seri Ismail Sabri adalah penyokong kuat pasukan bolasepak Chelsea.

Minat ini dikongsi bersama rakan dan Setiausaha Politik beliau, Dato’ Annuar Yunus.

Related Articles

Kedua-dua mereka memang penyokong tegar Chelsea.

  1. Datuk Seri Ismail Sabri adalah individu pertama dalam sejarah politik negara pernah menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat dan kemudiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia.
  2. Datuk Seri Ismail Sabri juga merupakan Naib Presiden UMNO yang pertama menjadi Perdana Menteri.

Belum pernah ada dalam sejarah UMNO, seorang Naib Presiden diangkat menjadi Perdana Menteri.

Satu rekod terbaik. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button