JenayahNasional

5 ahli sindiket bomoh palsu ditahan, mangsa rugi hampir RM125,000

EMPAT wanita warga China dan seorang lelaki tempatan ditahan kerana dipercayai terbabit dengan sindiket penipuan bomoh di sekitar Pulau Pinang, Khamis lalu.

Sinar Harian melaporkan, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang menahan lima ahli sindiket itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ketika mereka cuba melarikan diri ke China.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Fisol Salleh berkata, sindiket yang aktif sejak Januari lalu itu menyasarkan warga emas ke pasar untuk membeli barang keperluan harian.

Katanya, bomoh palsu itu memperdayakan mangsa dalam urusan penjualan ubat dan ritual kononnya boleh mengubati penyakit secara bersemuka, selain menggunakan helah untuk melarikan barangan berharga milik mangsa.

Harian Metro pula memetik Fisol sebagai berkata, lima wanita warga emas membuat laporan polis dengan jumlah kerugian hampir RM125,000.

“Ahli sindiket ini akan menghampiri mangsa dan menawarkan ubat bagi merawat penyakit kronik atau khidmat menghalau hantu misalnya, sebelum memberi nombor telefon bagi urusan rawatan itu.

“Suspek turut meyakinkan mangsa supaya menyerahkan wang, barangan kemas atau berharga dalam bentuk bungkusan bagi upacara sembahyang.

“Mereka juga mendakwa akan menyerah kembali bungkusan itu kepada mangsa selepas upacara selesai,” katanya sambil menambah, ahli sindiket akan menukar bungkusan terbabit dan mengarahkan mangsa hanya membukanya apabila sampai di rumah.

Tetapi, katanya, sebaik bungkusan itu dibuka di rumah, mangsa mendapati ia hanya mengandungi botol air minuman dan batu-bata.

BACA Bomoh mengaku tidak bersalah tuduhan cabul

BACA Bomoh bunuh 12 pelanggan demi menggandakan wang

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button