Jenayah

4 unit rumah kedai terbakar

EMPAT unit rumah kedai musnah dalam kebakaran di Pekan Air Mawang, Johol, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kebakaran yang berlaku pukul 8 pagi menyebabkan sebuah kedai perabot dan tiga unit kedai lain musnah sepenuhnya.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, 22 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Tampin dan Bahau dikerah ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 7.59 pagi dan tiba setengah jam kemudian. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button