Nasional

4 juta pengguna domestik nikmati elektrik percuma April hingga Jun

SEBANYAK 4 juta pengguna domestik dengan penggunaan 300KWJ ke bawah nikmati elektrik secara percuma bagi bulan April, Mei dan Jun.

Ia berikutan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan kepada semua pengguna elektrik dalam kategori domestik di Semenanjung.

Bantuan Prihatin Elektrik bagi mengurangkan beban ekoran peningkatan bil elektrik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Keseluruhan kos Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan berjumlah RM942 juta

Menurut Tenaga dan Sumber Asli  Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah, pengguna domestik yang menggunakan elektrik lebih 300KWJ akan menerima potongan RM77 sebulan bagi April, Mei dan Jun.

Beliau berkata, mereka yang menggunakan lebih 300kWj elektrik atau bil RM77 ke atas akan menerima potongan berjumlah RM231 secara keseluruhan mulai April hingga bulan ini.

“Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan akan disalur melalui bil elektrik Julai 2020,” katanya pada sidang media di Suruhanjaya Tenaga di sini, hari ini.

Shamsul Anuar berkata, TNB turut setuju hentikan aktiviti pemotongan elektrik sehingga 30 Sept ini.

Keseluruhan 7.66 juta pengguna mendapat manfaat Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan..-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button