Nasional

34,000 pekerja asing diperlukan oleh sektor perhotelan

SEBANYAK 34,000 pekerja asing diperlukan oleh sektor perhotelan bagi tempoh 2022 hingga 2024 bagi mengisi kekurangan tenaga kerja.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihak kementeriannya telah mengemukakan permemohonan bagi mengisi kekurangan tenaga kerja itu.

Katanya, permohonan dibuat kepada Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membabitkan pengisian dalam kekosongan pekerjaan antaranya ‘housekeeping’ dan tukang urut.

“Selain itu kita juga melaksanakan tindakan segera seperti menganjurkan karnival kerjaya untuk membolehkan pekerja tempatan dalam negara ini memohon dalam sektor terbabit,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH Kota Melaka) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini .

Poay Tiong ngin tahu langkah diambil MOTAC bagi mengatasi kekurangan pekerja dalam sektor perhotelan bagi memperkasakan pelancongan Islamik di negara ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button