2,302 graduan POLIMAS Jitra terima diploma Konvokesyen Ke-35
SEBANYAK 2,302 graduan menerima diploma pada Istiadat Konvokesyen Kali-35, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) di Dewan Sri Mas, Jitra, Kedah.
Graduan ini telah tamat pengajian Sesi II : 2021/2022, Sesi I :2022/2023 dan Sesi II : 2022/2023.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Ts. Muhamad Rumzi Mamat telah menyempurnakan Istiadat Konvokesyen kali ini.
Turut hadir Pengarah POLIMAS Rosli Idris dan Timbalan Pengarah Akademiknya, Salmiyah Che Ahmad dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademiknya, Hamizi Yahya.
Tiga graduan yang cemerlang diberikan Anugerah Pengarah bagi empat sidang dalam Istiadat Konvokesyen POLIMAS Ke-35 ini.
Ia terdiri dari Abdurrawof Abdul Rahim graduan Diploma Kejuruteraan Elektrik Sesi II 2021/2022), Hasif Haikal Abd Aziz graduan Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) Sesi I 2022/2023 dan Muhammad Asyraf Kahar pula graduan Diploma Perancang Bandar dan Wilayah bagi Sesi II 2022/2023.
Graduan berkenaan menerima saguhati bernilai RM500 dari Alumni POLIMAS, sijil dan plak.
Sementara itu, Ts. Muhamad Rumzi Mamat dalam ucapannya berkata, Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) adalah penyumbang tenaga kerja terbesar negara iaitu sebanyak 40 peratus.
“Pada tahun 2022 kadar kebolehpasaran graduan politeknik mencatat peratusan 96.2 peratus,” katanya.
Katanya, terkini pulq sebanyak 14,475 buah industri yang berkolaborasi aktif dengan POLYCC.
Beliau yakin dan percaya , seluruh warga POLYCC telah mengembeling tenaga dan mengandakan usaha dalam memastikan kerjasama erat dengan industri terus terjalin.
Katanya lagi, warga POLIMAS khususnya, perlu lebih kreatif dan inovatif bagi memastikan kelangsungan sistem pendidikan terus diperkasa.
Manakala Pengarah POLIMAS, Rosli Idris dalam ucapan aluannya berkata, prose pembelajaran dan menimba ilmu adalah satu proses dinamik yang berterusan.
“Para graduan haruslah berfikiran terbuka dan mengambil peluang ini untuk melatih diri agar mampu menjadi individu yang dapat melihat dan menilai sesuatu keadaan dari pelbagai perspektif,” ujarnya.
Katanya lagi, ilmu akan menjadi bekalan hidup bagi para graduan untuk membina kecemerlangan kerjaya dan menabur bakti kepada agama, keluarga, bangsa dan negara.
Menurut beliau lagi, segala pengorbanan, usaha, sokongan serta dorongan haruslah diingati dan dihargai oleh para graduan sebaik mungkin. – SM
BACA Warga POLIMAS, komuniti tanam pokok bakau di persisiran pantai Kampung Jeruju