Politik

1MDB: Walau Goldman Sachs pulangkan wang, proses keadilan perlu diteruskan

MAJLIS Presiden Pakatan Harapan mahu proses keadilan dalam isu 1Malaysia Development Berhad mesti diteruskan hingga ke penghujung.

Desakan itu dibuat berikutan tindakan Goldman Sachs menawarkan penyelesaian berjumlah AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion).

“Pemulangan wang ini juga menjadi bukti wujudnya pelbagai salah laku dan kebobrokan pada zaman itu.

“Pakatan Harapan menegaskan bahawa semua watak utama di dalam kes ‘scam’ 1MDB mesti diadili di mahkamah, termasuk individu yang dinamakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) sebagai “MO1” dan Low Taek Jho (Jho Low) yang sehingga kini belum ditahan. Mereka tidak boleh dibenarkan bebas begitu sahaja,” kata Majlis Presiden PH.

Majis Presiden PH dalam satu kenyataan mendakwa, proses pemulangan wang dari Goldman Sachs bermula dengan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk bekas peguam negara Tan Sri Tommy Thomas yang berusaha membawa pulang wang tersebut.

“Proses pemulangan wang dari Goldman Sachs ini sebenarnya hanya bermula dengan kemenangan Pakatan Harapan dan kekalahan Barisan Nasional pada PRU14.

“Majlis Presiden mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam usaha ini, termasuk Peguam Negara pada ketika itu yang telah memulakan proses perundangan demi mendapatkan keadilan buat rakyat Malaysia,” katanya.

Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut baik penyelesaian yang ditawarkan pihak Goldman Sach

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, ia merupakan satu peningkatan yang ketara jika dibandingkan dengan tawaran sebelumnya, iaitu AS$1.75 bilion (RM7.46 bilion) yang dibuat oleh Goldman Sachs kepada pentadbiran Kerajaan pada tahun 2019.

“Penyelesaian ini merangkumi pembayaran tunai AS$2.5 bilion dan jaminan untuk pengembalian penuh berjumlah sekurang-kurangnya AS$1.4 bilion dari segi aset yang berkait dengan hasil yang telah diseleweng melalui tiga urus niaga bon tersebut.

“Goldman Sachs, atas biayanya sendiri, juga akan membantu Kerajaan Malaysia dalam melantik pakar pemulihan aset untuk mendapatkan kembali aset-aset lain yang kini berada di luar Malaysia,” menurut Kementerian lagi.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button