NasionalNegeri

194 pesara, pegawai dan anggota polis terima Pingat Jasa Pahlawan Negara

BANGGA dan terharu. Itulah perasaan yang diluahkan oleh salah seorang penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN).

Mohd Tarmizi Ghazali, 55 melahirkan perasaan tersebut setelah menjadi salah seorang dari 194 penerima pingat berkenaan yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan, Jalan Raja Muda di Kangar pagi ini.

Kata Mohd Tarmizi, beliau terpilih menerima pingat ini kerana bertugas zaman insurgensi komunis sebelum 1990 di mana antara kelayakan untuk anugerah ini.

Surina Saad dan Mohd Kamarudin Md Din pada majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Mes Pegawai Kanan, Jalan Raja Muda, Kangar pagi tadi.

Mohd Tarmizi menceritakan, beliau melapor diri di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada 4 Januari 1987 selepas tamat latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam, Negeri Sembilan.

Selepas itu katanya mulai tahun 1989 beliau ditukarkan ke  Pondok Polis Laka Temin, Bukit Kayu Hitam sehinggalah melepaskan jawatan ini pada tahun 1994.

Anak kelahiran Kodiang, Kedah ini telah bertugas selama tujuh tahun dalam perkhidmatan polis dan kini memegang jawatan Pegawai Penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Stesen Kawalan Padang Besar.

Pada majlis berkenaan beliau menerima watikah, pingat dan juga wang tunai RM500.

Mohd Kamarudin Md Din menganugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada salah seorang penerima wanita.

Upacara penganugerahan pingat ini dilakukan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Mohd Kamarudin Md Din.

Turut hadir Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad dan Timbalannya, Senior Asisten Komisioner, Baderulhisham Badaruddin.

Sementara itu Surina berkata, daripada 194 penerima ini sebanyak 127 adalah pesara manakala 67 orang lagi pegawai dan anggota yang masih dalam perkhidmatan.

Tambah beliau, daripada jumlah tersebut juga 10 penerimanya adalah wanita.

“Pingat dikurniakan bagi menghargai jasa kepahlawanan dan bakti mereka kepada negara semasa zaman darurat (12 Julai 1948 hingga 31 Julai 1960) serta zaman insurgensi komunis (17 Jun 1968 hingga 2 Disember 1989),” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button