NasionalTeknologi

13 Februari sambutan Hari Radio Sedunia

RADIO adalah antara medium penyiaran utama selain daripada TV dan masih lagi digunakan pada hari ini apabila melalui pelbagai inovasi teknologinya.

Boleh dikatakan sesiapa yang mempunyai kereta pasti menjadi pendengar radio. Sekejap ataupun lama bukan ukurannya, asal dihidupkan enjin kereta, radio pun terus berfungsi.

Radio sudahpun alami pelbagai perubahan teknologi daripada sebuah set kotak elektronik dengan speaker dan mikrofon, kemudian inovasi ke atasnya dilakukan dengan diletakkan pelbagai fungsi lain.

Dahulu, radio digunakan sebagai medium komunikasi jarak jauh malah Guglielmo Marconi pernah diikitiraf sebagai manusia pertama berjaya menghantar isyarat merentasi Lautan Atlantik.

Kemudian, radio dijadikan sebagai alat penyebar propaganda kerajaan terutama ketika Perang Dunia Pertama (WW1) dan Kedua (WW2) sebelum jadi medium hiburan untuk peghalwa telinga kita hari ini.

Selepas itu, tekonologi radio dilengkapkan dengan pelbagai fungsi lain seperti pemain kaset dan rekod suara, CD, MP3 dan bermacam-macam ciri lain.

Tesla VS Marconi

Menyingkap sejarah radio, yang dipercayai bermula pada 1893, umum tahu Nikolai Tesla dikatakan sebagai individu yang mencipta radio tanpa wayar pertama.

Namun, wujud perdebatan apabila nama Marconi sering disebut-sebut sebagai pencipta radio pertama di dunia.

Perdebatan timbul, apabila Tesla diiktiraf sebagai pencipta radio kerana melakukan demonstrasi radio di St. Louis, Missiuri, Amerika Syarikat (AS) pada 1893.

Sementara, Marconi pula radionya dikitiraf sebagai telegrafi tanpa wayar pertama dan dipatenkan di England pada 1896.

Bagaimanapun, Tesla kemudian menfailkan permohonan patent untuk set asas radionya di AS iaitu selepas empat tahun Marconi menerima pengiktirafan di England.

Kerajaan Johor mulakan siaran radio di Malaysia

Di Malaysia pula, sejarah penggunaan radio dimulakan oleh Kerajaan Johor pada 1921 apabila, jurutera elektrik kerajaan negeri iaitu A. L. Birch membawa set yang pertama ke negara ini dari England.

Permulaan itu menjadikan Malaysia antara negara kolonial British terawal menggunakan teknologi radio.

Birch kemudian menubuhkan Persatuan Wireless Johor dan bersiaran menggunakan radio pada gelombang 300 meter sebelum dikembangkan ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Kemudian, ia turut digunakan di Singapura pada 1930 oleh Lembaga Pelabuhan Singapura yang dilancarkan Sir Earl dan bersiaran pada setiap dua minggu sama ada hari Rabu atau Ahad.

Kemudian usaha itu diteruska Persatuan Wireless Malaysia yang melancarkan penyiarannya dari Bukit Petaling, Kuala Lumpur menerusi jarak gelombang 325 meter.

Usaha pengembangan radio negara kemudian diteruskan Sir Shenton Thomas yang menubuhkan Studio Perbadanan Penyiaran British pada 11 Mac 1937 dengan menggunakan pemancar di Caldecott Hill, Singapura.

Selepas itu, Studio Perbadanan Penyiaran British ditukar menjadi Perbadanan Penyiaran British Malaya yang merupakan sebahagian daripada Kementerian Penerangan British.

Perbadanan Penyiaran British Malaya kemudian bertukar menjadi Perbadanan Penyiaran Malaya selepas diambil alih oleh kerajaan negeri-negeri selat.

Jepun menyedari kepentingan saluran radio

Ketika penjajahan Jepun pada 1940, tentera Jepun mengambil alih saluran radio di Tanah Melayu dan menyebarkan propaganda mereka melalui pengenalan saluran baharu di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Seremban dan Singapura.

Apabila British berjaya menguasai semula Tanah Melayu, semua saluran radio sudah diambil alih dan Jabatan Penyiaran ditubuhkan pada 1 April 1946 di Singapura.

Sistem radio terus digunakan sebagai medium penyebaran ideologi kerajaan sehinggalah pada 1960 iklan komersial pertama kali dimasukkan dalam siaran dan menjadi sumber pendapatan baharu kepada kerajaan.

Kemudian pada 6 Oktober 1969, pembukaan Angkasapuri di Kuala Lumpur menandakan bermulanya lembaran baharu hiburan menerusi radio seperti yang kita dapat dengar hari ini dengan kewujudan pelbagai saluran.

Sambutan Hari Radio Sedunia

Hari ini merupakan sambutan Hari Radio Sedunia dan pertama kali diperkenalkan pada 2012 oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Sambutan pada 13 Februari setiap tahun adalah untuk mengikitraf sumbangan dan peranan radio terhadap pembentukan negara dan bangsa sejak sebelum WW1 lagi.

“Bersempena sambutan Hari Radio Sedunia, adalah wajar kita mengiktiraf sumbangan dan peranan radio dalam menyebar luas mesej serta agenda kerajaan serta pembangunan sesebuah negara.

SAIFUDDIN ABDULLAH

“Selaras dengan tema ‘Dunia Baharu, Radio Baharu’ dengan tiga sub tema yang diangkat oleh Unesco iaitu evolusi, inovasi dan kesalinghubungan.

“Ketiga-tiga sub tema ini amat bertepatan dengan fungsi semasa radio dalam menyebarkan informasi global terkini berkenaan bencana alam, krisis sosio ekonomi, pandemik dan banyak lagi.

“Kepada penyiar-penyiar radio seluruh negara, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Radio Sedunia bagi tahun 2021.”

Kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Saifuddin Abdullah dalam ucapan hari ini menghargai peranan dan sumbangan setiap individu disebalik penerbitan saluran radio.

Sambutan ini memang wajar kerana radiolah menjadi penghibur kita ketika terperangkap dalam kesesakan trafik untuk pergi kerja dan pulang ke rumah setiap hari. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button