Uncategorized

114,137 individu dapat kerja sejak Januari lalu

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah berjaya memberi pekerjaan kepada 114,137 individu sejak 1 Januari hingga 10 Jun lalu menerusi program Penjaya Kerjaya.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, 95.4% daripada jumlah tersebut juga adalah daripada pemohon program PenjanaKerjaya 2.0.

“Golongan belia yang masih mencari pekerjaan digalakkan untuk mendaftar di bawah Portal MYFutureJobs www.myfuturejobs.gov.my.

“Majikan juga digalakkan untuk melaksanakan pengambilan melalui Portal MYFutureJobs dan memohon insentif pengambilan dan latihan sebelum 30 Jun 2021 di laman sesawang penjanakerjaya.perkeso.gov.my,” katanya dalam Laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-57, hari ini.

Penjana Kerjaya diumumkan pada 6 November 2020 di bawah Belanjawan 2021 dan bertujuan untuk memberi peluang pekerjaan kepada golongan lepasan sekolah, graduan, penganggur secara keseluruhan dan juga program latihan untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Program Perantisan turut disediakan kepada graduan dan golongan lepasan sekolah supaya mereka dapat meningkatkan pengetahuan dan mendapatkan pengalaman latihan kerja sebenar untuk meningkatkan peluang mendapat pekerjaan yang lebih baik.

PenjanaKerjaya 2.0 merupakan penambahbaikan kepada Program Insentif Pengambilan Pekerja dengan kadar insentif yang lebih baik bagi menggalakkan pewujudan peluang pekerjaan yang berkualiti dan mengurangkan kadar pengangguran di kalangan pekerja tempatan. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button