Hiburan

11 tahun berjuang akhirnya Elyana bebas kanser

PENYANYI Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 34, berkongsi berita gembira sudah bebas daripada kanser limfoma tahap empat yang dihadapinya selama 11 tahun.

Ibu kepada dua cahaya mata itu telah berkongsi khabar gembira itu menerusi instagramnya pagi tadi.

Menurut Elyana, dia gembira dan bersyukur perjuangan dan penantian melawan kanser selama 11 tahun berhasil.

“Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur dengan anda semua. Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil. Kanser saya hilang.

“Alhamdulillah Ya Allah. Terima kasih Ya Allah, kau telah mendengar doa kami.

“Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya. Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan para peminat meluahkan rasa syukur atas berita gembira tersebut.

Akhir tahun lalu, Elyana memaklumkan kanser itu telah menyerang dan merebak ke bahagian hati, pangkal peha dan rahim.

Terdahulu, Elyana membuat pendedahan mengenai kanser limfoma tahap empat dihidapinya selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button