Nasionalpilihan

10,000 sertai Himpunan 1 juta Pembela Palestin di Stadium Hang Jebat

Seramai 10,000 peserta dijangka berhimpun pada Himpunan Sejuta Pembela Palestin yang akan diadakan di Stadium Hang Jebat, Melaka dekat sini, Ahad ini.

Pengerusi Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, perhimpunan itu dijangka disertai 15 gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menyatakan sokongan terhadap Palestin dan menentang kekejaman rejim
Zionis.

Menurutnya, himpunan solidariti itu akan diadakan serentak di seluruh negara dengan sasaran 1 juta orang bakal menyertai program tersebut.

“Kita sasarkan seramai 10,000 peserta akan menyertai perhimpunan ini dan menyatakan solidariti kita kepada saudara kita yang dianiaya di Palestin berikutan serangan ganas rejim Zionis.

“Sokongan kita ke seluruh negara Ahad ini dengan sasaran 1 juta peserta untuk memberikan gelombang yang lebih besar menghentikan keganasan dilakukan Israel,” katanya pada sidang akhbar Road Tour Himpunan 1 juta Palestin di Bilik Mesyuarat
DMDI, Kota Cemerlang, Ayer Keroh, Melaka di sini, hari ini.

Mohd. Ridhwan berkata, perhimpunan itu akan bermula pada pukul 6.00 hingga 11 pagi turut menyelitkan pidato Palestin, persembahan nasyid dan Larian Ceria sejauh 5 kilometer (km).

Katanya, pada perhimpunan itu DMDI akan turut melancarkan tabung kemanusiaan bagi mengumpul dana untuk disalurkan bagi membantu rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis.

Sementara itu Pengerusi Serantau Muslim merangkap Pengerusi Road Tour Himpunan 1 juta Palestin, Mohd. Hakim Mohd. Noor berkata, himpunan yang serentak diadakan di seluruh negara itu adalah tanda solidariti terhadap rakyat Palestin yang dilanda kesusahan ketika ini.

Katanya, bantuan kewangan dari Malaysia ke Palestin, yang disasarkan sebanyak RM100 juta akan dapat dicapai berdasarkan kepada keprihatinan dan sokongan orang ramai. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button