Lifestyle

1,000 asnaf disantuni dalam program infaq Ramadan 2025

PROGRAM Kongsi Rezeki, Infaq Ramadan 2025 kembali lagi dengan misi lebih besar, menyasarkan bantuan kepada 1,000 golongan asnaf. Tahun ini, program anjuran Kongsi Rezeki dengan sokongan penaja utama, SoftRein dan BioFitrah, memberi tumpuan kepada anak-anak tahfiz, pesakit kanser kanak-kanak, penghuni rumah orang tua, serta golongan gelandangan.

Inisiatif tahunan ini bertujuan menggalakkan budaya infaq dalam kalangan masyarakat, sejajar dengan semangat berkongsi rezeki di bulan Ramadan. Program kali ini mengumpulkan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan harian, makanan sedia dimakan, peralatan sekolah, lampin pakai buang, dan dana tunai untuk diagihkan kepada penerima yang layak.

Majlis Amal dan Kutipan Dana

Sebagai sebahagian daripada usaha mengumpul dana, Majlis “Tahfiz Berselawat” akan diadakan pada 22 Mac 2025 di Saloma, Kuala Lumpur. Majlis ini akan menghimpunkan 100 anak tahfiz dari sekitar ibu kota dalam satu sesi selawat, tazkirah dan majlis berbuka puasa amal. Sebanyak 30 meja akan dijual dengan hasilnya disalurkan terus kepada Maahad Tahfiz Misbahul Falah Keramat serta sebahagian kepada pesakit kanser kanak-kanak melalui Adina Charity Circle.

Related Articles

Selain itu, Kongsi Rezeki turut bekerjasama dengan rumah orang tua Mesra Home Ampang dalam menjayakan kempen jualan buku Aku Penjaga Nenek. Keuntungan daripada jualan ini akan digunakan untuk membantu penjaga dalam menguruskan lebih 20 penghuni warga emas yang tidak mempunyai waris.

Pengagihan Bantuan ke PPR dan Surau Asnaf

Seperti tahun sebelumnya, pasukan Kongsi Rezeki bersama sukarelawan akan turun padang bagi menyampaikan 1,000 set bakul makanan, 1,000 kampit beras, serta makanan sedia dimakan kepada komuniti asnaf di Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain.

Sementara itu, dengan sokongan BioFitrah, program “Infaq Surau” akan dilaksanakan di kawasan perumahan asnaf dengan sasaran 1,000 sejadah dan 1,000 botol sabun SoftRein untuk kegunaan di surau dan rumah penerima.

Infaq Digital Memudahkan Sumbangan

Bagi memudahkan urusan sumbangan, Kongsi Rezeki turut bekerjasama dengan platform Today Assist yang membolehkan orang ramai berinfaq secara dalam talian. Melalui platform ini, penyumbang boleh memilih rumah kebajikan yang ingin dibantu dan menyalurkan sumbangan mereka dengan mudah.

“Kami ingin menegaskan bahawa setiap sumbangan yang diterima akan disalurkan sepenuhnya kepada penerima tanpa sebarang potongan. Kami hanyalah pengantara dan sukarelawan,” kata wakil Kongsi Rezeki.

Orang ramai, syarikat korporat, dan badan kebajikan dialu-alukan untuk bersama-sama menjayakan program ini. Ramadan adalah bulan keberkatan, dan sekecil mana pun sumbangan, ia mampu membawa perubahan besar kepada mereka yang memerlukan.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button