Politik

Zambry Setiausaha Agung BN yang baharu

Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang baharu.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Zahid selaku Pengerusi melalui kenyataan media malam ini, susulan mesyuarat secara maya, yang dihadiri kesemua empat parti komponen – UMNO, MCA, MIC, dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Zambry menggantikan Datuk Seri Ahmad Maslan yang kini dilantik sebagai Setiausaha Agong UMNO.

Ahmad memegang jawatan Setiausaha Agung BN berkuat kuasa serta-merta pada 5 Januari tahun lalu, menggantikan Tan Sri Annuar Musa yang sebelum itu dipecat daripada jawatan itu.

Azlan pula menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga Ahli Parlimen Arau.

Pada 24 April lalu, UMNO melantik Azlan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis yang baharu menggantikan Shahidan.

Mesyuarat turut mendengar pembentangan laporan Mesyuarat Agung Tahunan dan Laporan Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2020.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button