PolitikUncategorized

Zahid Hamidi sifatkan PN calonkan Kiandee rosakkan perjanjian GRS-BN

DUA hari lepas media termasuk stesen media penyiaran menyiarkan berita rasa tidak selesa pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tentang pencalonan Ronald Kiandee yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) di Beluran.

Presiden PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini tampil mempertahankan tindakan Kiandee bertanding untuk mempertahankan Parlimen Beluran memandangkan Kiandee ialah Naib Presiden Bersatu dan kerusi itu milik parti tersebut.

Sememangnyalah wajar dipertahankan dan sekalipun bertanding atas tiket PN, itu bukanlah satu persoalan atau masalah besar yang perlu diuar-uarkan sangat.

Tegas Muhyiddin, GRS tidak sepatutnya mengorbankan kerusi Bersatu ketika berunding dengan Barisan Nasional (BN).

“Mengapa GRS tidak pertimbangkan Kiandee? Adakah saya tidak  adil? Itu jawapan saya.

“Itu calon saya dan beliau tidak dapat watikah calon GRS. Jika anda berada di posisi saya, apa yang anda akan lakukan?

“Kita PN putuskan Kiandee boleh bertanding atas tiket PN,” katanya memetik laporan FMT.

Untuk makluman, malam tadi, Muhyiddin hadir program ceramah anjuran PN Kedah dan beliau menambah, telah menyokong GRS apabila ia ditubuhkan.

Muhyiddin berkata, PN boleh meletakkan calon di lima ke enam kerusi lagi memandangkan gabungan itu menang pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah. Bagaimanapun PN tidak berbuat demikian.

Mengikut perjanjian, GRS bersetuju BN yang sepatutnya bertanding di Beluran memandangkan kerusi itu dimenangi gabungan itu pada 2018.

Kerusi berkenaan bertukar tangan selepas Kiandee menyertai Bersatu pada penghujung tahun yang sama.

Tindakan Kiandee bertanding turut menerima kecaman Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid menyifatkan PN cuba merosakkan perjanjian GRS-BN dengan membenarkan bekas Ahli Parlimen Beluran itu bertanding di kerusi tersebu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button