Sukan

Wimbledon tidak mampu dianjurkan secara normal sehingga 2022

Kejohanan Grand Slam itu kali pertama dibatalkan sejak WWII pada tahun lalu

WIMBLEDON tidak akan kembali ‘normal’ sehingga 2022, kata Presiden Persatuan Tenis Wanita (WTA), Micky Lawler memberi amaran. Kejuaraan tenis tersebut terpaksa dibatalkan, tahun lalu ekoran pandemik coronavirus.
Pembatalan itu kali pertama terpaksa dilakukan sejak Perang Dunia Kedua (WWII).

Bagaimanapun, Lawler berpendapat kejohanan tersebut yang bakal dianjurkan pada musim panas ini iaitu bermula 28 Jun hingga 11 Julai, terlalu awal untuk diadakan selama dua minggu di All England Club, Selatan Wimbledon.

“Paling selamat untuk menganjurkan jelajah tenis tersebut secara normal ialah pada 2022, tetapi sasarannya perlulah fleksibel.

“Wimbledon merupakan kejohanan tenis terulung, saya mendapati ketiadaan kejuaraan itu pada tahun lalu adalah sesuatu yang tidak sempurna.

“Saya berasakan terlalu awal untuk Wimbledon dianjurkan sepenuhnya secara normal (pada musim panas ini), tetapi saya amat berharap pertandingan itu akan dapat dianjurkan seperti biasa,” kata Lawler yang dipetik kenyataannya menerusi Daily Mail.

Pendapatan Persatuan Lawn Tenis (LTA) merudum jatuh sebanyak 40 peratus pada 2020 iaitu di sekitar 30 juta pound (RM163 juta) dan kerugian itu lebih banyak disumbangkan daripada pembatalan Wimbledon dan pertandingan pemanas badan di Queen.

Ketua Wimbledon mula merencanakan untuk menganjurkan kejuaraan bertaraf Grand Slam itu pada penghujung musim luruh 2021 dengan tiga perancangan yang berbeza sedia dipertimbangkan.

“Kami secara aktif telah merancang untuk kejohanan itu pada tahun depan dan menimbangkan pelbagai senario kerana masih ada banyak masa untuk berbuat demikian sehingga Wimbledon Fortnight.

“Senario tersebut jatuh ke dalam tiga kategori iaitu kejuaraan yang dianjurkan secara kapasiti penuh, kapasiti yang dikurangkan ataupun diadakan secara tertutup. Kesemua perancangan itu bergantung kepada status garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan kesihatan awam,” kata All England Club pada Oktober lalu.

Bagaimanapun, fokus kini beralih kepada Australia di mana Grand Slam pertama akan dianjurkan bermula 8 Februari, lewat tiga minggu daripada biasa.

Para pemain yang masuk ke negara itu untuk kejohanan tersebut diwajibkan menjalani kuarantin selama dua minggu.

Mereka hanya dibenarkan meninggalkan bilik hotel untuk maksimum selama lima jam sehari, manakala hanya dua pemain dibenarkan untuk menjalani latihan di dalam gelanggang dengan rakan sepelatih masing-masing. – The Sun – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button