Nasional

Wanita UMNO desak pelaku kes dera anak dikenakan tindakan segera

PERGERAKAN Wanita UMNO yang hiba dan simpati di atas kes kematian kanak-kanak berusia tujuh tahun akibat didera di Melaka pada Jumaat lalu menggesa supaya pelakunya dikenakan tindakan segera.
Ketuanya, Datuk Noraini Ahmad berkata, lebih mengecewakan apabila dilaporkan pelaku adalah ibu kandung dan bapa tiri mangsa.
“Keluarga yang sepatutnya menjadi tempat berlindung namun malang ia berlaku sebaliknya.
“Wanita UMNO memandang serius kes seperti ini. Justeru, Wanita UMNO mendesak agar pihak berwajib mengambil tindakan tegas dengan segera akan pelaku dihadapkan ke muka pengadilan sekaligus menjadi pengajaran kepada orang ramai,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, Wanita UMNO juga berharap agar kerajaan dan pihak yang berkaitan melihat tahap kesihatan mental orang ramai yang sedikit sebanyak terkesan akibat daripada pandemik COVID-19.
Katanya, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes penderaan kanak-kanan yang melibatkan ibu bapa mencatatkan peningkatan sehingga 20 peratus sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak Mac tahun lalu.
“Kes-kes yang berlaku seperti ini menunjukkan tahap mental orang ramai yang semakin terganggu sehingga sanggup melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya terhadap kanak-kanak.
“Marilah kita bersama-sama mengembleng tenaga agar perkara seperti ini dapat diatasi,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button