KesihatanNasionalNegeriPenyakit

Wanita masih penghidap utama kanser payudara

KAUM wanita masih tergolong sebagai penghidap utama dan tertinggi bagi kanser payudara. Sesetengah masyarakat mempunyai stigma bahawa hanya golongan wanita yang berpotensi untuk menghidapi penyakit ini namun sebaliknya golongan lelaki juga terdedah kepada penyakit ini.

Menurut laporan Registri Kanser Kebangsaan Malaysia 2012-2016, tiga jenis kanser yang paling kerap berlaku di Malaysia adalah kanser payudara sebanyak 19 peratus, kanser kolorektal 13.5 peratus dan kanser paru-paru 9.8 peratus.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan wang zakat, Kit MAIPs Peduli dan beras fidyah kepada salah seorang asnaf sempena Kayuhan MAIPs Peduli Ke-65 yang bermula dan berakhir di pekarangan Masjid Al-Islah Ngulang, Mata Ayer.

Kanser payudara dalam kalangan wanita sahaja adalah tinggi iaitu sebanyak 34.1 peratus.

Peratus bagi keseluruhan kes kanser yang dikesan lewat iaitu tahap tiga dan tahap 4 juga meningkat daripada 58.7 peratus pada 2001-2011 kepada 63.7 peratus pada 2012-2016.

Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr. Ismuni Bohari menyatakan, terdapat beberapa faktor yang telah dikenalpasti menyumbang kepada kanser payudara iaitu faktor risiko tidak boleh dikawal dan faktor risiko boleh dikawal.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan wang zakat, Kit MAIPs Peduli dan beras fidyah kepada salah seorang asnaf sempena Kayuhan MAIPs Peduli Ke-65 sekitar Mata Ayer.

Faktor risiko tidak boleh dikawal seperti wanita berumur 50 tahun ke atas mempunyai 8-10 kali ganda kemungkinan mendapat kanser berbanding umur muda, wanita mempunyai 100 kali ganda risiko berbanding dengan lelaki dan faktor keturunan.

Antara faktor risiko boleh dikawal pula, wanita yang menyusukan anak dalam tempoh -2 tahun akan mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan wanita yang melakukan senaman berterusan dapat mengurangkan risiko kanser payudara.

Ismuni turut menyatakan, antara gejala-gejala kanser payudara adalah seperti ketulan atau bengkakkan pada payudara atau bahagian ketiak, kulit payudara jadi berkedut seperti kulit limau dan kemerahan atau berkeruping pada puting atau kulit payudara.

Beliau turut menyarankan agar setiap individu perlu menjalankan saringan kanser payu dara sebagai langkah berjaga-jaga dan mengambil tindakan awal bagi sebarang kemungkinan.

Maklumat itu dikongsikan kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan peserta kayuhan MAIPs Peduli bilangan ke-65 pada tahun 2023 anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang bermula dan berakhir di perkarangan Masjid Al-Islah Ngulang, Mata Ayer.

Baginda telah berkenan untuk mengetuai kayuhan dan menyampaikan bantuan kepada tiga keluarga asnaf terpilih.

Mohamad Shahrin Ya, 43, Mat Daud Omar, 73, dan Zaid Osman, 37 telah menerima bantuan wang tunai RM700 setiap keluarga beserta dengaj ‘Kit MAIPs Peduli’ beserta beras Fidyah.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menzahirkan agar setiap individu perlu mengamalkan amalan gaya hidup yang sihat seperti mengawal pemakanan, memperbanyakkan aktiviti fizikal, menjaga kesihatan mental dan dapatkan rehat yang secukupnya.

“Sekiranya langkah-langkah ini diamalkan, kecenderungan untuk mendapat pelbagai penyakit dapat dielakkan dan lahirlah masyarakat Perlis yang hidup sihat fizikal dan juga mental,” titah Tuanku Raja Muda. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button