Walaupun anak hidap kanser namun bapa ini tunaikan permintaan anaknya mandi di kolam
Demi menggembirakan hati anaknya yang sedang melawan kanser, seorang bapa sanggup mendukung anaknya untuk merasai pengalaman berada di kolam mandi bersama kanak-kanak lain.
Menerusi video yang di muat naik oleh @syukrilazizi di media sosial Tiktok memaparkan dirinya sedang mengangkat anaknya itu yang dibaringkan di atas pelampung berwarna merah jambu lalu menuju ke kolam renang.
https://www.tiktok.com/@syukrilazizi/video/7245281414566956290?lang=en
“Assalamualaikum sahabat TikTok semua, sekadar perkongsian permintaan anakanda Nurul Jannah untuk pergi kolam.” Luahnya.
Dalam masa yang sama, dia juga berharap agar ini bukanlah permintaan terakhir anaknya untuk menunaikan permintaan itu.
“Semoga ini bukan kali pertama papa dan ummi dapat tunaikan permintaan kamu.
Anaknya bernama Nurul Jannah yang berusia 9 tahun penghidap kanser Neuroblastoma yang kini berada pada tahap empat.
Rata-rata warganet juga mengundang sebak melihat keadaan kanak-kanak tersebut dan mendoakan kesembuhan buat si kecil.