Hiburan

Viral pula seorang wanita status isteri orang digangu oleh Da’i Syed

KINI nama Da’i Syed semakin panas apabila seorang wanita berstatus isteri orang kini tular, dakwaanya dirinya pernah digangu oleh pendakwa terkenal itu.

Menerusi perkongsian yang dibuat di aplikasi Threads, seorang wanita memuat naik hantaran mesej (DM) didakwa dihantar Da’i Syed menerusi aplikasi Instagram (IG).

Da’I Syed atau nama sebenar Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful mempunyai seorang anak mengganggu dan mengajak wanita itu berbual sewaktu isterinya, Hana Ismail sedang sarat mengandung.

 

‘’Dia tahu bahawa saya sudah berkahwin serta mempunyai anak dan lebih teruk, isteri dia pun sedang hamil pada ketika itu.

Tambah wanita itu, dia menyangka Da’i Syed menghubunginya kerana mahu mendapatkan nasihat guaman namun mula berasa sangsi selepas mempelawanya untuk ke luar negara.

‘’Mula-mula saya fikir mungkin dia nak minta nasihat undang-undang saja tetapi mula pelik bila dia mula bertanya fasal nak ikut ke Dubai. Waktu itu, saya rasa sangat mencurigakan.

 

‘’Saya pula jenis yang bersangka baik tapi bukannya bodoh. Bahkan memahami maksud yang tersirat atau petujuk.

Wanita itu juga turut rasa simpati dan kasihan terhadap Hana serta anaknya yang baru lahir atas nasib yang menimpa mereka.

 

Terdahulu, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan ke atas Da’i Syed atas kesalahan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Artikle Berkaitan :>

Da’i Syed buat laporan polis dituduh merogol seorang gadis

Hakim berikan kata pedas pada Da’i Syed, media sosial mula dibajiri komen

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button