Video Dr. Mahathir menari dengan anaknya tarik perhatian
AMAT jarang untuk melihat seorang lelaki yang berusia lebih 90 tahun mempunyai kuderat dan tenaga untuk menari dan berdansa kerana faktor usia.
Namun tidak ada masalah bagi Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengerakkan badan dan kaki berjoget mengikut rentak muzik.
Meskipun usianya telah mencecah 94 tahun namun langkah kaki Dr. Mahathir masih lagi kuat dan bertenaga.
Itulah yang dipaparkan dalam rakaman video Dr Mahathir menari di sebuah majlis amal yang tersebar di WhatsApp.
Klip video yang juga tular di media sosial itu menarik perhatian ramai.
Dalam klip lebih satu minit itu Dr. Mahathir menari bersama anak sulungnya, Marina yang memakai baju gaun kembang berwarna biru.
Mereka menari dengan latarbelakang lagu Awala Dondang nyanyian Noraniza Idris hasil ciptaan Pak Ngah Datuk Suhaimi Mat Zain dan
lirik oleh Hairul Anuar Harun.
Difahamkan, majlis tersebut adalah makan malam amal Ronggeng.-SM