Sukan

Vicente puji usaha keras Harimau Malaya, layak bergelar juara

Ketua jurulatih Harimau Malaya Pau Marti Vicente, percaya Malaysia layak memenangi trofi Pestabola Merdeka 2024 selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Lubnan dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.
Memetik BERNAMA, sambil melahirkan rasa puas hati dengan kemenangan itu, pengendali skuad Harimau Malaya dari Sepanyol itu menyifatkan kejayaan tersebut sebagai bukti simbolik atas kerja keras anak buahnya.
“Fikiran saya ketika ini ialah kami sangat gembira, kami rasa kami layak untuk menang, ia satu aksi yang sukar Semua pemain bekerja keras pada aksi final dan ini adalah hari yang baik untuk diraikan.
“Saya rasa bagus kerana mempunyai petugas dan pemain yang sangat baik, malah yang penting hubungan erat secara keseluruhan,” katanya pada sedia media selepas perlawanan itu.
Terdahulu, penyerang naturalisasi, Romel Morales menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-33, sekali gus membantu Malaysia merangkul gelaran kali ke-13 dan pertama sejak kemenangan terakhir pada tahun 2013.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button