Vaksin: KJ ucap selamat maju jaya kepada Indonesia
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengucapkan selamat maju jaya kepada Indonesia berikutan negara itu telah memperoleh vaksin Covid-19 jenis Sinovac.
Khairy Jamaluddin yang merupakan antara menteri yang terlibat menguruskan pembelian vaksin untuk rakyat Malaysia berkata, Indonesia memperoleh vaksin jenis Sinovac lebih awal kerana negara itu menjadi tempat ujian klinikal bagi vaksin tersebut.
“Selamat maju jaya kepada Indonesia. Indonesia dapat vaksin Sinovac awal sebab menjadi negara di mana vaksin tersebut diuji dalam clinical trials sebelum didaftar.
“Brazil, Turki juga buat clinical trials Sinovac sebab jumlah kes mereka yang tinggi tahun lepas,” ciap Khairy Jamaluddin di Tiwtternya.
Media antarabangsa hari ini melaporkan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) hari ini menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 di republik itu bagi meningkatkan keyakinan rakyatnya terhadap vaksin berkenaan.
Majlis “Suntikan Perdana” di Istana Presiden di Bogor itu, disiarkan secara langsung menerusi Youtube Sekretariat Presiden, hari ini.
Jokowi diberikan suntikan vaksin Sinovac pada pukul 9.40 pagi waktu Indonesia barat, sebelum diikuti beberapa menteri kabinetnya serta Ketua Polis Indonesia, Idham Azis dan Panglima Tentera Indonesia, Hadi Tjahjanto.
Dalam ciapannya hari ini, Khairy Jamaluddin juga menegaskan perolehan vaksin Covid untuk rakyat Malaysia akan mengikuti tapisan yang ketat termasuk Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diluluskan.
“Perolehan vaksin kami tertakluk pada NPRA @KKMPutrajaya kelulusan. Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan keselamatan dan keberkesanannya, kita tidak akan melalui perolehan tersebut. Data klinikal Sinovac baru sahaja dikeluarkan. Kami akan mengkaji data dan memutuskan,” kata Khairy Jamaluddin.
Media Indonesia sebelum ini melaporkan keberkesanan vaksin Sinovik di Indonesian pada tahap lebih rendah berbanding Brazil dan Turki.
Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia melaporkan kadar keberkesanan atau tingkat keampuhan vaksin corona Sinovac pada tahap 65.3 peratus.
Jumlah tersebut dinilai masih cukup rendah banding hasil uji klinikal di Turki 91.25 peratus dan Brazil 78 peratus.
Pada 11 Jan lepas, Badan Pengawas Obat dan Makanan Indonesia (BPOM) meluluskan penggunaan vaksin Sinovac dari China bagi membolehkan proses suntikan vaksin di republik itu, bermula hari ini.
Pada 16 Disember lepas, Jokowi mengumumkan vaksin COVID-19 itu akan diberikan secara percuma kepada rakyat republik berkenaan dengan menyasarkan suntikan kepada 182 juta penduduk daripada jumlah penduduk Indonesia yang hampir 290 juta.-SM