Nasional

UPSI terima 575 pelajar baharu Ijazah pertama

SERAMAI 575 pelajar baharu ambilan Mac sesi kedua 2022/2023 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mendaftar kemasukan hari ini di Kampus Sultan Azlan Shah.

Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff mengucapkan tahniah kepada semua yang mendaftar kerana berjaya melanjutkan pengajian di sebuah universiti tang tersohor dalam melahirkan pendidik yang berkhidmat di seluruh negara.

Profesor Dr Norkhalid melihat seorang pelajar baharu mendaftar.

“Justeru, manfaatkan segala peluang dan kemudahan yang lengkap di dua kampus yang ada agar mencapai kejayaan yang cemerlang apabila bergraduat nanti,” katanya.

Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Norkhalid Salimin, sesi pendaftaran pelajar diuruskan oleh kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni ( JHEPA) dengan kerjasama Sekretariat Sukarelawan Siswa seperti Rakan Milenia, Majlis Mahasiswa Kolej Kediaman ( MMK)dan Majlis Perwakilan Mahasiswa ( MPP) UPSI bagi melancarkan proses pendaftaran tersebut.

Katanya, mereka adalah daripada 4,501 calon yang memohon dan akan mengikuti pengajian membabitkan sebanyak 15 program peringkat Ijazah Sarjana Muda (ISM) mendaftar di Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) bermula jam 8 pagi tadi.

“UPSI menyediakan penempatan di dua buah kolej iaitu Kolej Ungku Omar (KUO) seramai 318 pelajar dan Kolej Kediaman Harun Aminurrashid (KHAR) seramai 227 pelajar yang melibatkan tiga sesi pendaftaran bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

“Ia juga merangkumi tawaran prasiswazah laluan khas UPSI iaitu 32 orang atlet sukan dan seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU),” katanya.

Sekretariat Sukarelawan Siswa UPSI sibuk mendaftar pelajar baharu di Kampus Sultan Azlan Shah.

Menurut Norkhalid lagi, pelajar berkenaan akan mengikuti Minggu Suai Mesra sehingga 15 Mac ini sebagai persiapan menyesuaikan diri dengan suasana kehidupan kampus.

Bagi bapa, Muhamad Osman, 45, dari Pasir Puteh, Kelantan berpuas hati dengan proses pendaftaran anaknya Siti Nur Insyiratul Nadrah Muhamad yang mendaftar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dan berharap anak sulung daripada tiga orang adik beradik itu dapat mengikuti pengajian dengan baik di kampus.

“Seperti ibu bapa yang lain, kami berharap anak kami berjaya menggenggam segulung ijazah dan bergraduat sebagai seorang guru bidang Pendidikan Islam seperti yang dicita-citakan ibunya, Siti Norashimah Mustafa ,” katanya selepas sesi pendaftaran. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button