Politik

UMNO Seremban nafi pasang sepanduk minta Zahid letak jawatan

Insiden pemasangan sepanduk yang meminta Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO berlaku di banyak tempat.

Terkini UMNO Bahagian Seremban pula memberi kenyataan media menafikan terlibat dalam pemasangan sepanduk mendesak Ahmad Zahid meletakkan jawatan di ibu negeri Negeri Sembilan itu.

Ketua UMNO Bahagian Seremban Mustafa Salim berkata, mereka berpendirian tegas untuk menjunjung dan mendokong Perlembagaan UMNO.

UMNO Bahagian Seremban juga akan mempertahankan institusi presiden parti UMNO.

“Adalah tidak beretika pihak-pihak tertentu membuat provokasi melaga-lagakan kepimpinan UMNO di peringkat bahagian dan pusat demi menghalalkan cara untuk meraih keuntungan politik golongan tertentu,” katanya.

Serentak itu Setiausaha UMNO Bahagian, Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Ketua Cawangan Bahagian telah membuat laporan polis terhadap pemasangan sepanduk yang mencalar imej UMNO Bahagian Seremban.

Mereka meminta pihak keselamatan untuk menyiasat dan membawa mereka yang terlibat kemuka pengadilan.

Mustafa turut meminta agar semua ahli UMNO Bahagian Serembah untuk terus memperkasakan parti dengan mambantu rakyat.

Mereka juga perlu memperkukuhkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button