Nasionalpilihan

Tulisan jawi: MPK dalam proses sedia garis panduan

MAJLIS Perbandaran Kangar (MPK) kini dalam proses untuk siapkan garis panduan bagi mewajibkan tulisan jawi diletakkan pada papan tanda iklan yang baharu.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Asrul Aimran Abdul Jalil berkata, apabila siap garis panduan ini baharulah surat pekeliling akan dihantar kepada setiap pemilik premis di negeri ini.

Sehubungan itu, katanya sebaran surat pekeliling ini akan memudahkan setiap pemilik premis untuk mematuhi peraturan ini kelak.

“Kita jangkakan surat pekeliling ini akan mula dihantar pada pertengahan tahun ini,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli menjelaskan tulisan jawi perlu diletakkan pada bahagian atas sekali, diikuti bahasa rumi dan kemudiannya bahasa ibunda masing-masing pada seetiap papan iklan baharu.

Sekaligus “Perlis Baharu” juga bakal mengikut jejak langkah Kedah, Kelantan dan Terengganu bagi mewajibkan tulisan jawi pada papan iklan.

Asrul Aimran Abdul Jalil

Asrul Aimran berkata, peraturan mewajibkan ini nanti hanya melibatkan papan iklan yang baharu sahaja.

Katanya, mana-mana pemilik premis yang papan iklan mereka sudah rosak atau melebihi tempoh masa menukar selepas lima tahun perlu mengikut garis panduan ini.

Berikutan itu katanya, peletakan tulisan jawi pada papan iklan tidak boleh berlaku secara serentak pada semua premis di negeri ini.

Katanya, ia akan berlaku secara beransur-ansur apabila penggunaan tulisan jawi mula dipapar pada setiap papan iklan di negeri ini. – SM

Artikel berkaitan > Bersedia papan iklan diletak tulisan jawi – Menteri Besar Perlis

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button