Nasional
Trending

Tular duit dalam akaun CIMB hilang

BEBERAPA pemegang akaun CIMB hari ini menzahirkan kekecewaan dan menuntut penjelasan daripada bank CIMB berhubung satu transaksi ‘direct debit’ dalam akaun mereka.

Insiden tersebut berikutan tular para pengguna masing-masing memuatnaik paparan tangkap layar akaun menunjukkan berlaku transaksi yang disifat sebagai meragukan.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik itu, pemegang akaun didapati hilang antara RM10 hingga lebih RM3,000 dalam akaun mereka.

[BACA] Kerajaan PH sepatutnya disaman — Suara Merdeka
[BACA] Bank Rakyat umum penamatan khidmat pengerusi — Suara Merdeka

Transaksi juga didapati berlaku beberapa kali melibatkan pelbagai amaun.

Bagaimanapun, CIMB dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan transaksi yang berlaku adalah sah dan dilakukan sendiri oleh pemegang akaun.

Related Articles

Menurutnya, transaksi ‘direct debit’ itu disifatkan sebagai insiden terpencil berkenaan dengan transaksi tidak lengkap.

“Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan-pelanggan yang terbabit bahawa transaksi-transaksi ‘direct debit’ baru-baru ini merupakan transaksi kad debit sah yang telah dibuat oleh pelanggan.

“transaksi-transaksi tidak lengkap yang dibuat oleh pelanggan-pelanggan dengan peniaga luar negara seperti langganan atau perkhidmatan penstriman dalam talian,” katanya.

Tambahnya, CIMB turut meminta maaf di atas kekeliruan berkenaan dan akan menghubungi pelanggannya yang terbabit secara langsung.

[BACA] Bank Rakyat umum dividen 14 peratus bagi 2019 — Suara Merdeka
[BACA] Bank Rakyat sumbang bantuan kepada petugas Hospital Covid-19 — Suara Merdeka

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter, Ahmad Syazwan Shah, berkata, dia terkejut dan mendakwa kehilangan wang berjumlah RM3,269.40 menerusi transaksi yang dipercayainya sebagai ‘scam’.

“Bangun-bangun tengok CIMB ‘trending’ dengan isu scam. Kemudian cepat-cepat saya cek akaun. Saya pun kena!” katanya.

Pengguna @farhanfreaks juga mendakwa kehilangan sejumlah wang.

Mendakwa diri seorang mahasiswa, dia keciewa apabila kehilangan wang bernilai RM149.38 menerusi transaksi ‘direct debit’ dalam akaunnya.

“Jadi hari ini. Semak baki akaun, kemudian lihat beberapa transaksi meragukan. Ia berlaku dalam tiga hari berturut-turut menerusi transaksi ‘direct debit’,” kata @meisjoseph.

“Akaun CIMB saya terjejas. Dua penolakan berlaku pada 1 April 2020 pada masa sama, 9.35 malam. Saya hilang RM121.85. Tiada makluman menerusi SMS pun,” ciap @burhan_plays. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button