Politik

Tujuan asal Bersatu memang untuk memusnahkan kita – Puteri UMNO

KETUA Puteri Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan mengingatkan bahawa tujuan asal Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah untuk memusnahkan UMNO.

Menurut Zahida, disebabkan itu hubungan dengan Bersatu hanyalah sehingga Parlimen dibubarkan dan tiada sebarang kerjasama dengan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.

“Ia adalah fundamental dalam hubungan parti kita dengan parti parti lain, terutamanya dengan mereka yang sememangnya diasaskan untuk memusnahkan kita dulu.

“Yang merampas kerusi-kerusi kita. Yang kuasa diperolehi bukan melalui proses demokrasi yang betul tetapi dengan menerima mereka yang berpaling tadah.

“Mencuri pemimpin dan ahli-ahli kita dan terus berusaha mengambil penggerak akar umbi kita termasuk di kampung-kampung. Bagi kita, tindakan seperti itu bukanlah tindakan kawan tetapi itu adalah perangai lawan,” katanya dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Related Articles

Ujar Zahida, Bersatu tumbuh dari benih yang tersisih dari pokok asal UMNO dan hidup hanya
kerana mendapat baja dari DAP dan PKR.

Disebabkan itu juga katanya, orang Bersatu tulin tidak heboh pun pasal No DAP, No PKR, kerusi asal yang mereka menang pun atas ehsan DAP dan PKR. Bagi kita No DAP No PKR is ‘Done Deal’. Tak boleh dipertikaikan.

“Cuma kita hanya tambah satu lagi, No DAP, No PKR, dan NO PPBM. Sebab kita tahu tujuan asal PPBM memang untuk musnahkan kita. Cuma sekarang mereka sudah kehilangan baja dan sangat mengharapkan UMNO menjadi baja untuk mereka hidup dan subur kembali.

“Apakah kita perlu menjadi baja kepada pokok dedalu parasit, yang menumpang kita dan kita tahu pasti akan membunuh kita di masa depan? No PPBM, No DAP, No PKR.” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button