KemalanganNasional

Treler bawa muatan kayu terbalik di Terowong Menora – Ipoh Utara

TEROWONG Menora tidak pernah gagal menagih nyawa dan sering berlaku kemalangan jalan raya. Pemandu kenderaan harus sentiasa berhati-hati apabila melalui terowong tersebut. Terkini, sebuah lori treler membawa muatan kayu terbalik di KM265 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan.

Menurut laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), insiden itu menyebabkan kesesakan trafik sejauh 4.2 kilometer sehingga menyebabkan kesemua lorong terhalang.

“Semua lorong masih terhalang, trafik terhenti dan sesak sebelum masuk ke Terowong Menora ke Ipoh Utara. Pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dengan melalui susur keluar ke Kuala Kangsar,” menurut LLM.

Kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan di lokasi kejadian.

Tular beberapa gambar dan video menunjukkan lori berkenaan terbalik dengan serpihan papan berselerak atas jalan raya sehingga menyebabkan laluan terhalang.

Pengguna jalan raya yang berada di lokasi kejadian turut berkongsi video dan gambar mengenai kejadian tersebut menerusi media sosial. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button