Nasionalpilihan

Pak Long guna ‘kuasa’ untuk benarkan peniaga terus cari makan

“SELAGI tak selesai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jangan tutup tapak berniaga ini”.

Itu peringatan yang diberikan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Ismail Sabri Yaakob atau dipanggil mesra Pak Long Mail ketika mendapat keluhan daripada seorang peniaga di hadapan Masjid Masjid Khalid al-Walid, Jalan Padang Tembak.

Ismail Sabri menerima keluhan itu daripada seorang peniaga ketika dia berhenti untuk membeli cendol di tapak berniaga itu.

Di dalam video itu, peniaga tersebut memaklumkan yang dia berkemungkinan tidak dapat berniaga di situ kerana tapak tersebut akan ditutup daripada menjalankan aktiviti perniagaan.

Terkesan dengan keluhan peniaga itu, Ismail Sabri kemudian secara spontan telah berhubung dengan pihak yang berkenaan dan meminta supaya tapak berniaga itu dikekalkan sehingga selesai pelaksanaan PKP.

“Hal ini sungguh serius, saya mendapat laporan di pusat penjaja Mindef di jalan Padang Tembak akan di tutup hujung bulan ini.

“Saya terus ke sana dan menelefon Ketua Pegawai Eksekutif Perwira Niaga Malaysia (Pernama). Alhamdulillah mereka tidak akan menutup operasi perniagaan peniaga disini.

“Saya janji, selagi SOP dijaga, kita akan terus bantu permudahkan operasi para peniaga dalam tempoh lockdown ini,” katanya.

Video tindakan spontan yang diambil Ismail Sabri itu juga telah tular di laman sosial dan mendapat pujian daripada netizen.

Ramai yang memuji tindakan segera yang diambil pemimpin itu apatah lagi ketika rakyat dihimpit dengan situasi ekonomi yang mendesak akibat Covid-19.

Ini bukan kali pertama Pak Long turun untuk membeli juadah di tepi jalan sambil mendengar keluhan daripada peniaga.

Minggu lalu juga Ismail Sabri menjadi tumpuan apabila dia sempat singgah dan membeli dan membelanja orang ramai ketika dia membeli nasi goreng kunyit yang dijual di tepi jalan. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button