Tiga negara dominasi APFF ke-61
MALAYSIA menjadi saksi kepada kemeriahan Asia Pacific Film Festival (APFF) ke-61 yang berlangsung semalam di Wyndham Ion Majestic Hotel, Genting Highland. Festival berprestij ini menerima penyertaan meluas dari negara-negara serata rantau Pasifik, yang menghantar karya-karya filem terbaik mereka untuk dipertandingkan.
Sebanyak 19 kategori utama dipertandingkan bersama dua kategori khas. Namun, tiga negara berjaya mendominasi kemenangan kali ini: Malaysia, Hong Kong, dan Thailand. Karya dari ketiga-tiga negara ini berjaya memikat hati panel juri profesional dengan keunikan dan kualiti mereka.
Senarai nama pemenang.
- Filem Terbaik – Winner: How To Make Millions before Grand Dies ( Thailand)
- Pengarah Terbaik – Winner: Anslem Chan Mou Yin – Filem: The Last Dance (Hong Kong)
- Pelakon Lelaki – Winner: Puthipong Assaratanakul – Filem : How To Make Millions Before Grandma Dies ( Thailand)
- Pelakon Wanita Terbaik – Winner: Michelle Wai – Filem : The Last Dance (Hong Kong)
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Winner: Fabian Loo – Filem : Rain Town (Malaysia)
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Winner: Azira Shafinaz – Filem: Indera (Malaysia)
- Lakonlayar Terbaik – Winner: Thodsapon Thiptinnakorn, Pat Boonnitipat – Filem : How To Make Millions Before Grandma Dies (Thailand)
- Sinematografi Terbaik – Winner: Joseph Christoforus Fofid – Filem : Woman From Rote Island ( Indonesia)
- Suntingan Filem Terbaik – Winner: William Chang Suk Ping/ Curran Pang – Filem : The Last Dance (Hong Kong)
- Skor Muzik Terbaik – Winner: Indraadip Dasgupta – Filem: Padatik (India)
- Kesan Bunyi Terbaik – Winner: Book Chien, Sun Sy-Yuan, Thang Hsiang- Chu – Filem : Eye In The Storm (Taiwan)
- Kesan Visual Terbaik – Winner: Archin Yen – Filem : Eye In The Storm ( Taiwan)
- Pengarahan Seni Terbaik – Winner: Yiu Hon Man – Filem : The Last Dance (Hong Kong)
- Solekan/ Rekaan Busana Terbaik – Winner : Somnath Kundu, Sabarni Das – Filem: Padatik (India)
- Aksi Kreografi Terbaik – Winner: Blue Room (Philippines)
- Filem Pendek Terbaik – Winner: The Lonely Piano (Malaysia)
- Media Baru Terbaik – Winner : Wo Long Feng Chu
- Anugerah Khas Juri I – Winner : EMP4T (Malaysia)
- Anugerah Khas Juri II – Winner: Side – Seeing The Movie ( Vietnam/Thailand)
- FPA Most Outstanding Film Maker Award – Raymond Wong
- Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Sammo Hung.
Festival ini dilihat sebagai platform yang bukan sahaja mengetengahkan bakat tempatan ke peringkat antarabangsa tetapi juga mempromosikan nama Malaysia di persada dunia.
Selain daripada kemenangan dalam kategori utama, APFF ke-61 turut memberikan penghargaan Anugerah Sepanjang Hayat kepada dua lagenda industri perfileman Hong Kong, iaitu Raymond Wong dan Sammo Hung, sebagai tanda pengiktirafan atas sumbangan mereka yang luar biasa terhadap dunia seni.
Festival ini terus menjadi inspirasi dan simbol penghargaan kepada karya seni Asia Pasifik, mengukuhkan hubungan budaya melalui sinema.