Uncategorized

Tiga mangsa sindiket tawaran pekerjaan selamat tiba di Malaysia

TIGA rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Mynmar berjaya dibawa pulang oleh Wisma Putra hari ini.

Wisma Putra dalam satu kenyataannya berkata, kesemua mangsa berusia antara 19 hingga 33 tahun, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang dan diserahkan kepada polis untuk siasatan.

“Kementerian Luar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak berkuasa Thailand dan PDRM yang telah bersama-sama dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dalam membantu menyelamatkan mangsa sindiket jenayah ini,” katanya.

Dalam kenyataan yang sama, Wisma Putra memaklumkan, sehingga 16 Januari lalu, Kementerian Luar telah menerima 519 laporan melibatkan warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan di Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand.

Daripada bilangan tersebut, 373 orang berjaya diselamatkan di mana 346 orang berjaya dibawa pulang ke Malaysia manakala 27 lagi masih berada di depoh tahanan.

Kementerian Luar, menurut Wisma Putra, melalui Kedutaan-Kedutaan Besar Malaysia di negara-negara yang terlibat Bersama-sama PDRM akan terus melipatgandakan usaha menyelamatkan baki seramai 146 orang mangsa sindiket jenayah ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button