Hiburan

‘’Tiada Wanita Lain, Saya Masih Sayangkan Fazura’’-Fattah, Body guard Faz dedah penyodol

PELAKON popular, Fattah Amin menegaskan dalam hidupnya tiada wanita lain selain Fazura dan masih sayangkan isterinya itu. Menurut laporan Harian Metro, Fattah Amin menyatakan bahawa dia sama sekali tiada wanita lain dan perkara yang dihebahkan di media sosial juga tidak benar.

“Saya ingin menegaskan tiada wanita lain dalam hidup saya seperti yang diperkatakan dan dihebohkan di media sosial sehingga kini,” katanya.

Fattah juga terkejut apabila mendapat tahu isterinya memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, semalam menerusi media sosial.

 

“Sejujurnya, saya hanya mengetahui mengenai permohonan perceraian yang difailkan terhadap saya melalui media sosial, terutamanya selepas ia ditularkan.

“Saya berasa amat terkejut dan sedih dengan perkhabaran berita ini. Malah, tanpa sebarang rasa ragu-ragu, saya masih menyayangi Faz (panggilan Fazura),” katanya.

Dalam pada itu, dia memohon agar orang ramai dapat mendoakan agar urusan mereka dipermudah dan isu keretakan rumah tangga mereka dapat diselesaikan dengan tenang.

Pelakon utama filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah itu juga berharap tiada campur tangan pihak lain dalam menyelesaikan permasalahan ini agar tidak mengeruhkan lagi keadaan.

“Walau apa pun yang terjadi, saya dengan rendah diri memohon doa yang baik-baik dan sokongan daripada kalian semua, tidak kira yang pernah mengenali mahupun yang tidak mengenali kami secara peribadi.

“Moga segala urusan kami berdua dipermudahkan dan diselesaikan dengan baik serta penuh ketenangan.

“Saya juga berharap agar tiada campur tangan daripada pihak lain yang boleh mengeruhkan lagi situasi ini. Terima kasih atas segala perhatian dan doa kalian,” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial tentang adanya orang ketiga dalam rumah tangga pasangan terbabit sehingga Fazura memfailkan perceraian.

Difahamkan, nama penata gaya tudung yang dikenali sebagai Syira Atiqah telah heboh diperkatakan sebagai ‘penyondol’ susulan tularnya pendedahan Insta Story pemilik akaun dikenali sebagai Shahaszrin yang menyatakan hal tersebut.

Dia telah memuat naik gambar mereka makan bersama dengan menyertakan emoji haiwan di wajah penata gaya tudung Fazura.

Artikle Berkaitan :>

Industri hiburan dikejutkan Fazura failkan cerai terhadap Fattah Amin

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button