Luar Negara

Tiada bukti anak terlibat dadah, Shah Rukh Khan dinasihat saman

PELAKON Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Biro Kawalan Narkotik (NCB).

Ini adalah susulan laporan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Bombay berkenaan perintah ikat jamin Aryan Khan yang menyatakan bahawa hampir tidak ada bukti positif menunjukkan anak lelaki pelakon itu bersalah dalam kes penyalahgunaan dadah.

SRK dinasihatkan oleh pasukan peguamnya untuk menyaman Pengarah NCB, Sameer Wankhede yang mengetuai kes tersebut sehingga menuduh Aryan Khan tanpa adanya bukti kukuh.

Susulan tangkapan yang dilakukan oleh NCB, anak lelaki sulung SRK terpaksa dipenjarakan di Penjara Arthur Road lebih tiga minggu.

Apa yang membuatkan SRK dan pasukan peguamnya tidak teragak-agak mahu menyaman Pengarah NCB adalah kerana mahkamah memaklumkan kenyataan pengakuan yang didakwa direkodkan oleh pegawai penyiasat adalah tidak sah.

Oleh itu, NCB tidak menggunakan rekod pengakuan tersebut.

Aryan Khan ditahan bersama beberapa orang lagi oleh NCB di sebuah kapal persiaran di Pantai Mumbai pada awal Oktober lalu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button