Tergesel sedikit pemilik kereta tinggalkan nota mohon maaf
Berat kerat antara kita yang akan meletakkan nota memohon maaf apabila kenderaan kita bergesel dengan kenderaan lain yang sedang diletak tempat parkir.
Kebanyakan kita akan melihat keliling dan jika tiada yang menyaksikan kejadian berkenaan, kita akan cabut dengan pantas.
Dan kita cuba melupakan peristiwa itu dari memori bagi mengelakkan ia menjadi beban rasa bersalah.
Sedangkan kita tidak akan lepas dari perbuatan kita di dunia atau akhirat kelak.
Bagaimanapun ada segelintir yang jujur seperti yang ceritakan oleh Sazali Duni di dalam Facebooknya.
Dari Fb Sazali Duni – Angah mintak maaf, memang betul2 tak sengaja. Pintu kancil buruk angah kalau buka dia freely terkuak habis to maximum. Time buka kalau tak pegang memang terkuak habis.. Tu yg terkena kereta sebelah..
Mohon maaf kereta tuan baru dan cantik, tentu sedih ada dented mcm tu.. Sesiapa yg mengenali owner mintak hubungi angah. Angah nk minta maaf atas ketidak sengajaan itu.
Lokasi Ninso Tmn Johor Jaya. Petang tadi.
Kredit : Sazali Duni