Tengku Hassanal menzahirkan kemurkaan dan terkilan atas tindakan Muhyiddin, laporan polis telah dibuat
TENGKU Mahkota Pahang (TMP), Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan dan terkilan atas tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin secara sengaja dan sinis memperlekeh serta mempertikai tugas dan peranan Al-Sultan Abdullah ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.
Titah baginda, sebagai bekas Perdana Menteri dan ahli politik veteran, kenyataan Tan Seri Muhyiddin itu memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat seolah-olah ayahanda baginda tidak berlaku adil semasa memilih Perdana Menteri Ke-10.
Baginda bertitah, kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga kelihatan tidak matang, menampakkan seolah-olah beliau masih tidak boleh menerima kenyataan yang beliau tidak dilantik sebagai Perdana Menteri.
“Kenyataan yang dikeluarkan ini juga adalah sangat bahaya kerana secara terang-terangan menghasut rakyat agar hilang kepercayaan terhadap Institusi Raja-raja Melayu serta memecahbelahkan rakyat.
“Justeru, saya mahu pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) mengambil tindakan yang tegas tanpa kompromi kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R (agama, kaum dan raja-raja),” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Kenyataan yang dikeluarkan di Istana Abdulaziz, Kuantan itu dimuatkan dalam instastory milik baginda.
Menjelaskan perkara itu, Tengku Hassanal bertitah, berdasarkan Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri dilantik atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong yang berperanan sebagai Ketua Negara.
Manakala, Perkara 43(2) pula menetapkan bahawa Perdana Menteri haruslah dilantik dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan tersebut.
Sungguhpun begitu, Al-Sultan Abdullah tidaklah sewenang-wenangnya membuat keputusan melantik Perdana Menteri walaupun perlembagaan memberikan kuasa mutlak kepada Baginda.
Terkini, Istana Pahang telah membuat laporan polis terhadap Pengurusi Perikatan Nasional (PN) itu, laporan itu dibuat selepas menonton rakaman video di muat naik platform YouTube yang dimuat naik oelh seorang pengguna akaun.
Menurut Setiusaha Sulit Pahang, Amir Syaffiq Hamzah kenyataan yang dikeluarkan oleh Muhyiddin dianggap berbahaya kerana boleh menghasut rakyat hilang kepercayaan terhadap isntitusi Raja-raja Melayu dan memecahkan belahkan rakyat.
Artikle Berkaitan :>
Mungkin tiada pertandingan jawatan utama dalam pemilihan Bersatu – Muhyiddin