Nasional

Tempoh sah kad media ‘online’ baharu ditetap 6 bulan

SAH laku kad perakuan media dalam talian atau online yang baharu berdaftar dengan Jabatan Penerangan (JaPen) dihadkan kepada enam bulan sahaja yang antara lain untuk mengekang penyebaran maklumat palsu.

JaPen dalam kenyataannya berkata, tempoh itu juga untuk memastikan syarikat media itu beroperasi secara aktif dan sahih.

Menurut JaPen, selepas tempoh berkenaan, tempoh kelulusan yang diberikan adalah sama seperti ketegori lain.

Dalam pada itu, kad perakuan bagi media rasmi kerajaan dan media tempatan termasuk media dalam talian adalah dua tahun.

Bagaimanapun, bagi pengamal media antarabangsa berwarganegara Malaysia dilanjutkan setahun lagi menjadikan tempoh sah dua tahun.

Menurut kenyataan itu lagi, kad perakuan bagi pengamal media yang mempunyai kontrak secara tahunan dengan organisasi media ditetapkan setahun yang mana tempoh itu juga terpakai kepada pengamal media antarabangsa bukan warganegara dan dalam lawatan jangka masa panjang.

“Tempoh sah laku ini akan berkuatkuasa serta merta. Pemegang kad perakuan media JaPen yang mempunyai tempoh sah laku masih aktif boleh membuat permohonan memperbaharui selepas tamat tempoh masing-masing,” katanya. – SM

BACA Kad media bukan lesen diperlukan wartawan-Fahmi

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button