CelotehNasional

Tempoh Mendiami Kubur Lebih Lama Berbanding Usia Hidup Di Dunia Sementara

Ramai generasi hari ini dibentuk akal fikirannya untuk mengejar dunia secara gila-gila dan kalau tak dapat nikmat itu di dunia, mereka akan kecewa.

Antaranya seperti ingin dapatkan pekerjaan yang bagus, rumah yang besar, kereta yang mewah, pasangan yang kacak atau cantik dan banyak lagi.

Paling menakutkan, semakin ramai generasi muda hari ini bercakap soal depresi kononnya tertekan dengan persekitaran yang telah dirosakkan.

Mereka bercakap seolah-olah tiada iman serta berfikir selepas mati hanya masuk kubur dan semuanya akan terhenti kerana di situlah pengakhirannya.

Orang kita lupa perjalanan menuju abadi masih jauh dan tempoh jasad mendiami alam kubur lebih lama sehingga reput dimakan tanah.

Namun bagi orang yang beriman, kenal Allah, tahu tujuan diciptakan, tidak cinta dunia secara menggila, roh akan tenang dan menjalani perjalanan yang senang.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button