Pelawak popular Tauke Jambu, menafikan dia membawa peralatan seks seperti yang didakwa ketika ditahan polis baru-baru ini.
Malah menurut Tauke, ketika itu katanya hanya ada rambutan dan petai sahaja di dalam keretanya.
“Saya nak cerita sedikit, masa saya ditahan polis, di dalam kereta saya cuma ada rambutan gading dan setangkai petai.
“Itu pun saya beli untuk isteri. Bukan peralatan-peraatan jijik yang tular. Saya tidak sanggup tengok anda semua buat dosa kering,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan seorang selebriti popular telah ditahan polis bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia pada 3 Ogos lalu.
Setelah status selebriti berkenaan menjadi teka-teki ramai, akhirnya beberapa hari kemudian Tauke membuat pengakuan bahawa dia adalah selebriti yang dimaksudkan. -SM