Hiburan

Taruhan single terbaru, Kejora dari Hael Husaiani

PENYANYI dan komposer terkenal, Hael Husaini yang merupakan artis yang bernaung di bawah syarikat label RocketfuelEntertainment dengan bangganya mempersembahkansingle ketiganya dari album Antonim Part 1 yang berjudul Kejora. Video muzik eksklusif ini lagu Kejora iniakan ditayangkan pada 9 Ogos 2024 jam 9 malam di saluran YouTube rasmi Hael Husaini.

Dalam video muzik ini, Hael Husaini bergandingandengan Qasrina Karim, yang juga merupakan pasanganbeliau dalam drama popular My Famous Ex-Boyfriend. Video muzik ini dihasilkan oleh Rocketfuel Studios dan penggambaran telah dijalankan selama satu hari di Shah Alam. Proses penggambaran yang intensif ini berjayamenghasilkan visual yang memukau dan penuh emosi di samping menggambarkan jalan cerita yang menyentuhhati.

Apa yang membezakan video muzik Kejora adalahkonsep dan arahan kreatifnya yang memaparkan QasrinaKarim dalam sisi berbeza. Berbeza dengan wataknyadalam drama dan penampilannya di media sosial, Qasrina mempamerkan kemahiran menarinya yang jarangdilihat oleh peminat. Koreografi yang dihasilkan khasuntuk video muzik ini memperlihatkan kebolehan Qasrinadalam menari, sekaligus menambahkan dimensi barukepada lakonannya.

Hael Husaini memainkan peranan sebagai seorangpenyanyi dalam video muzik ini, sementara QasrinaKarim menggambarkan watak seorang wanita yang menunggu cinta sejatinya. Kisah cinta yang digambarkandalam video muzik ini adalah refleksi kepada lirik dan melodi lagu Kejora, yang menceritakan tentang kesetiaanseseorang terhadap kekasihnya.

Lagu Kejora adalah hasil ciptaan Hael Husaini bersamadua komposer berbakat, Firdaus Rahmat dan Hanis Rafi. Lagu ini menceritakan tentang kesetiaan dan pengorbanandalam cinta, dengan melodi yang merdu dan lirik yang mendalam. Hael Husaini, yang terkenal dengankebolehan vokalnya yang luar biasa, sekali lagimembuktikan kepakarannya dalam menghasilkan karyamuzik yang berkualiti tinggi.

Album Antonim Part 1 oleh Hael Husaini telahdilancarkan pada Januari 2024 dan boleh distrim di semua platform penstriman digital. Album ini telahmendapat sambutan yang luar biasa, dengan lebihdaripada 3 juta penstriman di Spotify setakat ini. Setiaplagu dalam album ini mencerminkan kepelbagaian emosidan pengalaman hidup, menjadikannya sebuah karya seniyang lengkap dan memuaskan.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan video muzikKejora pada 9 Ogos 2024 di saluran YouTube HaelHusaini. Anda juga boleh terus strim terus lagu Kejoradan album Antonim Part I di semua digital platform seperti Apple Music, Spotify, Deezer, KKBox, YouTube dan YouTube Music serta berpeluang menghasilkankandungan video pada TikTok dan Instagram Reels menggunakan lagu ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button