ISTILAH pendakwaan politik bukanlah satu perkara asing di negara ini. Ia sering diutarakan apabila ada pemimpin parti dihadapkan ke mahkamah kerana ‘balas dendam’ oleh musuh politik yang ada kuasa. Pendakwaan politik itu dibuat bukan kerana ada bukti kukuh tetapi sekadar hendak memalukan pemimpin tertentu. Jika ada bukti kukuh, pasti rakyat sokong.
Ini berlaku kepada beberapa bekas Menteri Kabinet BN termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Ahmad Maslan.
Walaupun hujah pendakwaraya lemah terutama kenyataan saksi-saksi yang tidak menyakinkan tetapi perbicaraan tetap diteruskan dengan puluhan saksi.
Apabila berlaku pendakwaan politik, ini ibarat depa suruh monyet lari tetapi ditarik ekor. Macam yang dihadapi oleh Tok Najib dan Tok Zahid.
Tetapi kena ingat Zahid Hamidi ini apabila dia ditolak atau push to the wall, pasti sesuatu tidak diduga akan berlaku.
Jadi, jangan biar dia jadi ibarat kalajenking jika disengat buruk padahnya.
Begitu juga Tok Najib, not to take things likely. Jangan ingat dia Mr Cool tapi jika dia terlepas geram dia, kita sudah saksikan bekas Peguam Negara pun disingkirnya kerana ingkar pada perintah demi maslahah umum@public interest.
Oleh itu pandai-pandailah faham mereka yang ada kuasa di atas sana bahawa kedua-dua pemimpin UMNO ini bukan tagih simpati tetapi perjalanan politik mereka di saluti dan dibaluti duri-duri tajam oleh Regim Mahathir yang mengenakan tuduhan politik yang tidak berasas mengikut Rule of Law dan simpulan kesakitan mereka itu hanya melalui kuasa yang ada di tangan orang-orang tertentu saja dapat melepaskan jika mahu atau tidak mahu?
Semua kita tahu bahawa semua saksi pendakwa setakat hari ini telah menyebelahi tertuduh iaitu pemimpin kita yang dikhianati dan jika ikut bekas Hakim Mahkamah Tinggi, VC Vohrah, zaman saya belajar undang-undang dahulu, sudah lama dilepaskan tanpa waima tamat kes dibicarakan sebut bukti pendakwa begitu lemah dan meragukan serta merugikan wang kerajaan dan masa mahkamah saja.
Fikir-fikirlah tulisan ini wahai pemimpin yang ada kuasa. Jika tiada bukti kukuh eloklah tamatkan perbicaraan demi menjimatkan sumber tenaga, masa dan perbelanjaan semua pihak. – SM