Tak Nak Kahwin Bawah Umur, Kami Cuma Nak ‘Couple Maksiat’
Ramai yang desak agar kerajaan haramkan budaya kahwin bawah umur.
Budaya kahwin bawah umur cuma isu terpencil namun biasalah orang kita.
Sesiapa sahaja yang jadi menteri, serba serbi tak kena pada pandangan orang.
Namun wajarkan menteri ambil berat? Ya, termasuk kepentingan dan akibat.
Beberapa pemimpin lain pun ada yang bercakap tentang perkara ini.
Baik dari kumpulan berhaluan kanan mahu pun kumpulan berhaluan kiri.
Masing-masing mahu jadi juara isu di ruang khusus serta media sosial.
Ada kumpulan masyarakat yang caranya percaya bulat-bulat apa yang diterima.
Namun ada juga yang jenisnya dengar, baca kemudian barulah menilai.
Sebelum cerita nak haramkan kahwin bawah umur, perkara ini perlu dibuat.
Hapuskan rasa nak ‘couple maksiat’ dalam kalangan anak-anak muda.
Kes anak luar nikah berpunca daripada ‘couple maksiat’ lebih tinggi.
Kalau yang ini boleh dihapuskan, sembanglah apa-apa pun!